TIPS HARTANAH

Ketahui beberapa tips untuk hartanah.

TAK SANGKA KONSISTEN SIMPAN 10% SETIAP BULAN WALAUPUN GAJI TAK BESAR, BOLEH JADI LEBIH RM1 JUTA!

Simpan duit sebenarnya lagi susah berbanding belanja duit.

 

Tok setuju dengan kenyataan Kevin O’Leary. Lebih-lebih untuk golongan bawah 35 tahun.

 

Golongan umur seperti ini lebih suka beli barang yang orang lain boleh nampak, dan beli barang yang menjadi idaman orang ramai.

 

Apabila kita simpan duit, kita tidak apa yang boleh ditunjuk. Mahu tunjuk disiplin? Mahu tunjuk pengorbanan? Ada sesiapa kisah?

WALAUPUN 10%…

Perkara paling susah adalah menyimpan 10% daripada jumlah pendapatan.

 

Kenapa susah?

 

Kerana kita rasa 10% ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang yang kita idamkan. Bukan untuk disimpan.

 

Orang yang menyimpan 10% daripada pendapatan mungkin tidak dapat beli gajet idaman mereka hari ini. Jauh sekali daripada makan di restoran mewah atau pergi bercuti sakan.

 

Namun menyimpan mendekatkan kita dengan tiga perkara ini: Kuasa, keselamatan, kebebasan.

Ejen Fees Rendah, Pulangan Tinggi. Biar Kami Jual Untuk Anda.

Percayalah Kepada Kami, Anda Berada Di Tempat Yang Betul.

Boleh saya bantu?