Boleh Selesaikan Masalah Saya?
Ada masalah yang boleh dikawal, ada yang perlu dirunding dan ada
yang memerlukan strategi jualan berbeza.
Tujuan Adi bukan untuk memaksa semua kes nampak mudah. Tujuan sebenar
ialah membantu pemilik melihat jalan paling realistik.
Masalah
Tindakan Adi
Keputusan yang dicari
Harga sasaran terlalu tinggi berbanding valuation semasa
Portal nampak meyakinkan, tetapi transaksi tidak menyokong.
Semak semula rujukan harga
Bandingkan transaksi kawasan, jangkaan bank value dan hasil bersih
minimum yang masih selamat.
Harga lebih boleh dilaksanakan
Kurang risiko rumah lama tersadai tanpa perkembangan.
Pembeli suka rumah tetapi cash gap besar
Minat ada, tetapi kemampuan tunai belum tentu mencukupi.
Tapis pembeli lebih awal
Semak deposit, bank pilihan dan kemampuan menambah tunai sebelum
terlalu jauh dalam rundingan.
Masa tidak terbuang
Fokus kepada pembeli yang lebih berpotensi melengkapkan pembelian.
Baki pinjaman tinggi
Jika dijual terlalu rendah, hasil bersih mungkin tidak memadai.
Kira nett proceed lebih awal
Redemption, kos guaman, fi agensi dan sasaran harga minimum disusun
dahulu.
Pemilik tahu had selamat
Lebih jelas bila perlu kekal, berunding atau menangguhkan jualan.
Rumah sudah lama diiklankan
Banyak pertanyaan masuk tetapi tiada pembeli mampu bergerak.
Audit semula positioning
Semak harga, sasaran pembeli, persembahan iklan, kekuatan lokasi
dan halangan pinjaman.
Kempen lebih tepat
Rumah dipasarkan kepada kelompok pembeli yang lebih sesuai.