Bukan isu borang semata-mata
Consent biasanya bukan masalah pertama.
Ia cuma tempat masalah lain mula kelihatan.
Ramai pemilik hanya mula bertanya tentang consent selepas buyer sudah ada.
Kemudian baru diketahui ada sekatan kepentingan, Bumi Lot, kategori rumah tertentu,
nama pemilik belum lengkap, kaveat, gadaian atau pembeli yang tidak sesuai.
Deal yang nampak cepat boleh menjadi perlahan apabila semakan hakmilik dibuat terlalu lewat.
R01
Geran belum dibaca
Ayat sekatan kepentingan menentukan sama ada kebenaran tertentu perlu diperoleh.
Jangan anggap semua freehold atau leasehold mempunyai laluan transaksi yang sama.
R02
Buyer salah profil
Offer tinggi tidak membantu jika status pembeli tidak sepadan dengan syarat
hartanah atau pembeli sendiri belum mempunyai struktur pembiayaan yang praktikal.
R03
Baki loan tak diketahui
Harga jual perlu dilihat bersama redemption, anggaran valuation,
kos transaksi dan ruang rundingan sebelum pemilik mengikat diri dengan tawaran.
R04
Nama pemilik bermasalah
Joint name, pusaka, kaveat, pemilik meninggal dunia atau dokumen lama
boleh memerlukan tindakan tambahan sebelum pindah milik boleh diteruskan.
R05
Dokumen mula dikumpul terlalu lewat
Hakmilik, carian, dokumen pengenalan, cukai, dokumen gadaian dan
dokumen khas kes lebih baik dikenal pasti sebelum proses menjadi mendesak.