Tiga simulasi jual rumah komitmen tinggi untuk menerangkan apa yang Adi semak sebelum menasihati langkah jualan. Bukan kisah pelanggan sebenar.
01Skudai: gaji masuk, ansuran menelan hampir semua.
Rumah sendiri masih dibayar lancar, tetapi komitmen kereta, peribadi dan kad kredit semakin sempitkan aliran tunai.
Apa Adi akan semakAdakah hasil bersih jual rumah cukup bermakna? Selepas jual, kos menyewa atau membeli rumah lain bagaimana? Jika bantuan bayaran balik lebih sesuai, berbincang dengan bank dahulu.
02Masai: rumah kedua disewa, tetapi cashflow negatif.
Sewa bulanan tidak menampung ansuran, pembaikan dan kos pegangan. Pemilik sudah menanggung rumah utama.
Apa Adi akan semakSemak kontrak penyewa, kos kosong/baik pulih, harga transaksi setara, redemption dan hasil bersih jika hartanah dilepaskan.
03Kulai: buyer offer bagus, tetapi tunai akhir tidak cukup.
Pemilik berharap hasil jualan menyelesaikan hutang lain. Namun baki penebusan masih besar dan kos transaksi perlu dibayar.
Apa Adi akan semakKira shortfall sebenar, semak kemampuan buyer dan bawa isu penebusan kepada bank serta peguam sebelum transaksi diteruskan.