Johor Bahru / Larkin / Tampoi
Kawasan matang, akses bandar, sekolah, hospital dan CIQ. Harga boleh lebih tinggi bergantung taman dan kondisi rumah.
Pasir Gudang / Masai / Kota Masai
Popular untuk keluarga bekerja kawasan industri dan pelabuhan. Pilihan teres lebih banyak pada bajet sederhana.
Skudai / Pulai / UTM
Permintaan kuat kerana akses pendidikan, Senai, Second Link dan kawasan matang.
Kulai / Senai
Sesuai untuk pembeli yang mahu landed dengan akses PLUS, lapangan terbang dan kawasan industri.
Iskandar Puteri / Gelang Patah
Nilai lebih premium di sesetengah lokasi. Kelayakan dan valuation perlu disemak lebih teliti.
Kota Tinggi / Pontian / Kluang
Harga boleh lebih rendah berbanding bandar utama, tetapi permintaan bergantung lokasi mikro dan keadaan rumah.