Ansuran rumah hampir sama dengan sewa belum bermaksud membeli ialah pilihan terbaik.Adi bantu semak harga, kemampuan, nilai pasaran, risiko rumah dan kekuatan kawasan supaya anda tidak tersalah membuat komitmen jangka panjang.
Ramai membandingkan ansuran bank dengan kadar sewa sahaja.Tetapi keputusan beli rumah vs sewa rumah perlu melihat nilai pasaran, kos pemilikan, kestabilan kewangan, keadaan hartanah dan potensi rumah itu dijual semula.
Tetapi nilai bank mungkin lebih rendah daripada harga yang diminta.
Tetapi maintenance, repair dan kos pemilikan belum dikira.
Tetapi simpanan kecemasan mungkin hampir habis selepas membeli.
Tetapi demand resale kawasan mungkin kurang kuat.
Tetapi menyewa sementara kadang-kadang ialah keputusan lebih selamat.
Gunakan ini sebagai tapisan awal sebelum anda membayar booking atau membuat komitmen jangka panjang.
Jangan beli hanya kerana orang kata sewa membazir.Dan jangan terus menyewa hanya kerana komitmen membeli nampak besar.
Membandingkan RM1,500 dengan ansuran rumah sahaja belum menunjukkan gambaran sebenar.Kos masuk dan kedudukan tunai selepas membeli juga perlu diambil kira.
Jika margin pembiayaan 90%, jumlah pinjaman sekitar RM360,000.
Belum termasuk kos guaman, duti setem, valuation dan kos berkaitan.
Modal permulaan lebih rendah, tetapi bayaran sewa tidak membina pemilikan rumah.
Kesimpulan:jika membeli menyebabkan cash reserve terlalu nipis, menyewa dahulu boleh menjadi pilihan lebih sihat.Jika kewangan stabil, harga rumah munasabah dan lokasi mempunyai demand yang baik, membeli boleh dipertimbangkan.
Kelulusan pembiayaan hanya satu bahagian daripada keputusan.Anda masih perlu melihat sama ada harga rumah betul, kondisi rumah sesuai, cash flow masih selesa dan rumah mempunyai potensi untuk dijual semula.
Rumah yang cantik belum tentu pembelian yang baik.Dalam pasaran Johor, beza taman, jalan, harga belian, jenis geran dan kondisi rumah boleh memberi kesan kepada pembiayaan, proses transaksi dan potensi jual semula.
Harga iklan bukan semestinya harga yang patut dibayar.Adi bantu lihat logik harga berdasarkan kawasan dan kondisi rumah sebelum deposit dibuat.
Bukan sekadar tanya sama ada loan boleh lepas.Ansuran, komitmen, simpanan dan ruang kewangan selepas membeli turut dilihat.
Status geran, strata, sekatan, consent, tunggakan serta isu transaksi perlu dikenal pasti lebih awal.
Dua taman bersebelahan boleh mempunyai tahap demand, profil pembeli dan kekuatan resale yang berbeza.
Jika harga terlalu tinggi, rundingan dibuat dengan asas yang munasabah.Bukan sekadar meminta pemilik kurangkan harga.
Dari semakan awal, pembiayaan, valuation, SPA, peguam hingga serahan kunci, proses disusun dengan lebih jelas.
Jika rumah itu sesuai, kita teruskan.Jika harga terlalu tinggi, kita runding.Jika risikonya tidak berbaloi, kita cari pilihan yang lebih baik.Jika belum masa untuk membeli, menyewa dahulu juga boleh menjadi keputusan yang betul.
Semakan ini membantu melihat sama ada rumah itu patut diteruskan, dirunding atau dielakkan.
Ansuran, deposit, komitmen dan simpanan selepas membeli.
Harga diminta dibandingkan dengan kondisi dan pasaran kawasan.
Dokumen, sekatan, kondisi dan potensi isu transaksi.
Jika suatu hari mahu jual, adakah rumah itu mempunyai demand?
Tidak semestinya.Menyewa boleh menjadi keputusan yang sesuai jika anda memerlukan fleksibiliti, pekerjaan masih berubah, belum cukup deposit atau lokasi hidup belum pasti.
Tidak.Hasil jangka panjang bergantung pada harga belian, lokasi, kos pembiayaan, keadaan rumah, tempoh pegangan dan demand pasaran.
Belum tentu.Deposit, guaman, maintenance, repair, cukai, perlindungan pembiayaan dan risiko jual semula masih perlu dikira.
Ya.Semakan awal membantu anda melihat sama ada harga yang diminta masih munasabah dan mengurangkan risiko membeli terlalu mahal.
Jika lokasi hidup belum pasti, deposit terlalu menekan simpanan atau anda belum menemui rumah yang sesuai, sewa dahulu boleh menjadi pilihan lebih selamat.Jika kewangan stabil dan rumah mempunyai harga serta lokasi yang munasabah, pembelian boleh dipertimbangkan.
Adi boleh membantu melihat kesesuaian harga, kemampuan awal, risiko dokumen, kondisi rumah, kekuatan kawasan dan perjalanan transaksi sebelum anda membuat keputusan.
Beritahu Adi kawasan, bajet dan rumah yang sedang anda pertimbangkan.Kita lihat sama ada harganya munasabah, komitmennya sesuai dan apa risiko yang perlu diperiksa sebelum anda membuat keputusan.
WhatsApp Adi — Semak Pilihan Saya