HARTANAH JOHOR PRESTIGE PROPERTY SELLER'S GUIDE / 2026
PANDUAN JUAL RUMAH A-Z · JOHOR

Panduan Jual Rumah A-Z Johor. Jangan Sekadar Cari Buyer. Pastikan Urusan Selesai.

Rumah boleh mendapat banyak pertanyaan. Tetapi bukan semua pembeli mampu menyelesaikan transaksi.

Salah menetapkan harga, menerima pembeli tanpa tapisan atau mengabaikan masalah dokumen boleh mengganggu keseluruhan proses jual rumah.

Panduan jual rumah A-Z ini membantu pemilik rumah Johor memahami perjalanan sebenar daripada semak nilai, pemasaran, kelayakan pembeli, pinjaman, SPA, CKHT sehingga serahan kunci.

Bersama Adi Zaini REN27528, perancangan jualan bermula dengan keadaan sebenar hartanah, kedudukan kewangan pemilik dan risiko transaksi.

Panduan jual rumah A-Z Johor bersama Adi Zaini REN27528, perunding hartanah Johor
ADI ZAINI Senior Real Estate Negotiator · REN27528
17+ Tahun Pengalaman dalam bidang hartanah
Accounting Latar perakaunan dan analisis kewangan
REN27528 Identiti Real Estate Negotiator untuk semakan
THE SELLER'S REALITY

Booking Belum Bermakna Rumah Terjual. Loan Approved Belum Bermakna Duit Sudah Diterima. Dan Harga Tinggi Belum Tentu Memberi Hasil Bersih Terbaik.

Itulah sebabnya panduan jual rumah A-Z bukan sekadar panduan memasang iklan atau mendapatkan pembeli.

Pemilik perlu memahami perkara yang boleh menyebabkan transaksi tergendala: harga tidak seiring nilai bank, kelayakan pembeli lemah, baki pinjaman tinggi, sekatan hak milik, dokumen tidak lengkap atau syarat perjanjian belum dipenuhi.

Matlamat sebenar ialah membantu pemilik menjual dengan keputusan yang jelas, risiko yang difahami dan proses yang boleh diteruskan.

01 / WHY CHOOSE ADI

Kenapa Pemilik Rumah Johor Wajib Pilih Adi?

Kerana keputusan menjual rumah melibatkan lebih daripada harga iklan.

Pemilik bukan sahaja mahu mendapat pembeli. Mereka mahu mengetahui harga yang munasabah, risiko pembiayaan, masalah dokumen dan wang bersih yang mungkin diterima.

Dengan latar perakaunan dan pengalaman hartanah Johor, Adi memberi perhatian kepada angka, harga, pembeli, dokumen dan perjalanan transaksi.

Pendekatan ini membantu pemilik menilai sama ada keputusan menjual benar-benar sesuai dengan kedudukan kewangan dan matlamat mereka.

Adi membantu penyelarasan transaksi bersama pihak yang berkaitan. Kelulusan pembiayaan, penilaian rasmi dan urusan perundangan tetap berada dalam bidang kuasa bank, penilai, peguam dan pihak berkuasa.

01

Harga Mempunyai Asas.

Semakan mengambil kira transaksi setanding, jenis hartanah, saiz tanah, lokasi mikro, kondisi rumah dan persaingan.

02

Pembeli Diperiksa Lebih Awal.

Kesediaan deposit, kemampuan pembiayaan, komitmen dan kemungkinan jurang bank value diberi perhatian sebelum tawaran diteruskan.

03

Masalah Dikenal Pasti.

Isu LPPSA, pusaka, strata, consent, kaveat, Bumi Lot, pemilik bersama dan tunggakan perlu diperiksa mengikut keadaan rumah.

04

Bukan Berhenti Selepas Booking.

Pembiayaan, valuation, penebusan pinjaman, urusan peguam dan serahan milikan perlu diselaraskan sehingga kewajipan transaksi dipenuhi.

02 / THE NEGOTIATOR DIFFERENCE

Kenapa Pilih Adi? Kerana Setiap Rumah Memerlukan Strategi Yang Sesuai Dengan Keadaan Pemilik.

Dua rumah yang kelihatan serupa boleh memerlukan pendekatan berbeza apabila baki pinjaman, hak milik, kondisi rumah dan objektif kewangan pemilik tidak sama.

01. Financial Thinking

Harga jualan dibaca bersama baki penebusan, kos transaksi, CKHT jika berkenaan dan anggaran hasil bersih. Pemilik dapat memahami implikasi kewangan sebelum menerima tawaran.

02. Local Market Reading

Rumah di Johor Bahru, Skudai, Kulai, Masai dan Iskandar Puteri mempunyai keadaan pasaran mikro berbeza. Strategi harga memerlukan perbandingan yang relevan.

03. Transaction Coordination

Pemasaran, viewing, tapisan pembeli, rundingan, pembiayaan, peguam dan penyerahan rumah memerlukan penyelarasan dari awal hingga akhir.

03 / REAL SELLER PROBLEMS

Adakah Adi Boleh Selesaikan Masalah Rumah Saya?

Langkah pertama bukan terus menurunkan harga atau menambah iklan. Kenal pasti punca masalah, kemudian tentukan tindakan yang munasabah.

CASE 01 / STAGNANT LISTING

Rumah Sudah Lama Tak Laku

Banyak iklan tetapi pertanyaan rendah, viewing tidak menjadi atau pembeli tidak membuat tawaran.

Pendekatan Adi: Audit harga, gambar, penerangan iklan, persaingan aktif, kondisi rumah dan maklum balas pembeli.

CASE 02 / BUYER FINANCING

Buyer Booking, Loan Reject

Pembeli berminat tetapi pembiayaan ditolak atau nilai bank tidak mencukupi.

Pendekatan Adi: Kenal pasti punca penolakan, semak jurang bank value, kesediaan deposit dan kesesuaian pembeli. Kelulusan tetap ditentukan bank.

CASE 03 / HIGH REDEMPTION

Baki Loan Rumah Masih Tinggi

Pemilik mahu menjual tetapi bimbang wang jualan tidak mencukupi untuk penebusan pembiayaan dan kos transaksi.

Pendekatan Adi: Bandingkan anggaran harga jual, jumlah penebusan, kos berkaitan dan hasil bersih sebelum menetapkan sasaran.

CASE 04 / INHERITANCE

Rumah Pusaka Ramai Waris

Nama geran masih pemilik yang meninggal dunia atau kuasa mentadbir dan persetujuan waris belum jelas.

Pendekatan Adi: Kenal pasti status pentadbiran pusaka dan dokumen. Urusan kuasa menjual perlu disahkan dengan peguam atau pihak berkuasa.

CASE 05 / TITLE RESTRICTION

Geran, Strata atau Consent Bermasalah

Hak milik belum sempurna, terdapat sekatan kepentingan, kaveat atau keperluan kelulusan pindah milik.

Pendekatan Adi: Semak kedudukan awal dan susun tindakan bersama peguam. Kelulusan tertakluk kepada pihak yang berkuasa.

CASE 06 / REMOTE OWNER

Pemilik Tinggal Di Luar Johor

Sukar mengurus viewing, akses rumah, gambar, penyewa dan dokumentasi kerana pemilik berada di negeri lain.

Pendekatan Adi: Bantu menyusun lawatan, komunikasi, maklumat rumah dan penyelarasan mengikut keperluan transaksi.

Jadi, Boleh Selesai Atau Tidak?

Banyak masalah boleh diusahakan penyelesaiannya apabila puncanya jelas. Namun tidak semua kes mempunyai penyelesaian segera. Persetujuan waris, kelulusan bank, consent negeri dan urusan perundangan tertakluk kepada pihak yang mempunyai kuasa. Adi membantu pemilik memahami pilihan dan langkah seterusnya tanpa menjamin hasil di luar kawalan.

04 / COMPLETE SELLING ROADMAP

Panduan Jual Rumah A-Z: 7 Langkah Dari Semak Nilai Hingga Serahan Kunci.

Tujuh langkah berikut menerangkan perjalanan asas jual rumah subsale. Susunan dan tempoh sebenar boleh berubah mengikut hak milik, pembiayaan dan syarat perjanjian.

  1. 01

    Audit Status Rumah

    Semak jenis hartanah, pemilik berdaftar, freehold atau leasehold, sekatan kepentingan, keadaan fizikal, status penghuni dan baki pembiayaan.

    Hasil Semakan Tahu halangan yang perlu diperiksa sebelum pemasaran.
  2. 02

    Semak Nilai dan Tetapkan Harga

    Banding transaksi setanding, lokasi mikro, saiz tanah, keluasan binaan, jenis lot, renovation dan persaingan. Bezakan harga iklan, market value dan bank value.

    Hasil Semakan Julat harga dengan asas yang munasabah.
  3. 03

    Rancang Pemasaran Hartanah

    Sediakan foto sebenar, penerangan tepat, maklumat kawasan, status hartanah dan kelebihan rumah. Pilih saluran pemasaran mengikut profil pembeli sasaran.

    Matlamat Tarik pembeli yang sesuai, bukan sekadar pertanyaan umum.
  4. 04

    Viewing dan Tapisan Pembeli

    Susun lawatan, jawab pertanyaan, semak kesediaan deposit dan maklumat pembiayaan. Kelulusan sebenar tetap diputuskan oleh institusi pembiayaan.

    Matlamat Menilai kualiti tawaran sebelum membuat komitmen jualan.
  5. 05

    Rundingan, Booking dan SPA

    Runding harga, syarat tawaran, pengendalian deposit dan tanggungjawab pihak berkaitan. Peguam menyediakan dan menyemak perjanjian jual beli.

    Matlamat Harga dan syarat direkodkan dengan jelas.
  6. 06

    Loan, Valuation, Consent dan CKHT

    Peringkat ini boleh melibatkan valuation bank, dokumen pembiayaan, surat penebusan, pelepasan gadaian, consent jika perlu, pemfailan CKHT dan pindah milik.

    Matlamat Keperluan bank, peguam dan pihak berkuasa diselaraskan.
  7. 07

    Bayaran Akhir dan Serahan Kunci

    Semak penyelesaian harga, pelarasan bil, caj berkaitan, keadaan rumah dan pengosongan penghuni. Serahan dibuat mengikut syarat SPA.

    Hasil Akhir Penyelesaian transaksi dan penyerahan milikan yang teratur.
05 / A-Z SELLER CHECKLIST

Checklist Panduan Jual Rumah A-Z.

Gunakan senarai ini untuk memahami perkara penting sepanjang urusan jual beli rumah di Johor.

AAudit keadaan hartanah.
BBaki pembiayaan penjual.
CConsent dan sekatan kepentingan.
DDokumen hak milik dan SPA.
EEjen atau perunding hartanah.
FFinancial review hasil bersih.
GGeran dan pemilik berdaftar.
HHarga pasaran dan harga jual.
IIklan dan bahan pemasaran.
JJadual viewing rumah.
KKelayakan pembeli.
LLoan application pembeli.
MMarket comparison setempat.
NNegotiation harga dan syarat.
OOffer dan booking.
PPeguam hartanah.
QQualified buyer.
RRedemption baki pinjaman.
SSale and Purchase Agreement.
TTax review dan CKHT.
UUrusan pindah milik.
VValuation bank.
WWang bersih jualan.
XeXtra conditions transaksi.
YYield atau hasil disasarkan.
ZZero tunggakan mengikut syarat serahan.

Senarai ini ialah panduan umum. Keperluan sebenar bergantung pada jenis rumah, status hak milik dan proses transaksi.

06 / FINANCIAL INTELLIGENCE

Berapa Wang Sebenar Yang Pemilik Terima Selepas Jual Rumah?

Harga jual rumah tidak sama dengan wang bersih jualan. Dalam panduan jual rumah A-Z, anggaran hasil akhir perlu diperiksa sebelum menerima tawaran.

Kiraan Wang Bersih Jualan

Antara komponen yang perlu diambil kira jika berkenaan:

  • Harga jualan dipersetujui.
  • Baki penebusan bank atau LPPSA.
  • Fi agensi hartanah.
  • Fi guaman dan kos transaksi.
  • CKHT jika cukai kena dibayar.
  • Tunggakan dan pelarasan berkaitan.
Harga Jualan − Baki Penebusan − Kos Transaksi − Cukai dan Pelarasan = Anggaran Hasil Bersih

Jumlah penebusan sebenar perlu dirujuk kepada penyata atau surat penebusan daripada institusi pembiayaan.

Fahami CKHT Sebelum Menjual

Cukai Keuntungan Harta Tanah atau CKHT berkaitan keuntungan yang boleh dikenakan cukai, bukan semata-mata keseluruhan harga jual rumah.

Bagi pelupus kategori Bahagian I, seperti individu warganegara Malaysia, kadar umum untuk pelupusan mulai 1 Januari 2022 ialah:

  • Dalam tiga tahun pertama: 30%.
  • Tahun keempat: 20%.
  • Tahun kelima: 15%.
  • Tahun keenam dan seterusnya: 0%.

Pengiraan sebenar tertakluk kepada kategori pelupus, tarikh pemerolehan, tarikh pelupusan, perbelanjaan dibenarkan dan pengecualian berkaitan.

Pemfailan CKHT lazimnya perlu dibuat dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan. Peraturan pegangan dan remitan oleh pemeroleh perlu disemak berdasarkan ketetapan yang berkuat kuasa.

Rujuk kadar rasmi CKHT HASiL dan peraturan remitan CKHT .

07 / DOCUMENT READINESS

Dokumen Yang Perlu Disediakan Sebelum Menjual Rumah.

Tidak semua hartanah memerlukan dokumen yang sama. Semakan awal membantu mengenal pasti halangan transaksi.

01. Pemilikan Rumah

  • Salinan kad pengenalan pemilik.
  • SPA pembelian terdahulu.
  • Geran atau maklumat hak milik.
  • Dokumen serah hak jika berkaitan.
  • Maklumat pemilik bersama.

02. Kewangan dan Tunggakan

  • Maklumat bank atau LPPSA.
  • Penyata pembiayaan jika tersedia.
  • Cukai tanah atau cukai petak.
  • Cukai taksiran.
  • Penyata maintenance jika strata.

03. Dokumen Kes Khas

  • Dokumen pentadbiran pusaka.
  • Consent jika diperlukan.
  • Status kaveat dan sekatan.
  • Perjanjian penyewa jika ada.
  • Dokumen guaman berkaitan.

Senarai ialah semakan awal. Peguam mengesahkan dokumen yang diperlukan berdasarkan transaksi sebenar.

08 / JOHOR MICRO MARKET

Rumah Di Johor Tidak Boleh Dinilai Dengan Satu Formula Harga.

Panduan jual rumah A-Z memerlukan penilaian berdasarkan lokasi mikro, jenis rumah, spesifikasi, kondisi dan transaksi setanding.

Johor Bahru

Larkin · Tampoi · Bandar Baru UDA

Periksa umur rumah, jenis lot, akses, kondisi, hak milik dan transaksi sejenis dalam kawasan yang relevan.

Skudai

Taman Universiti · Mutiara Rini

Bezakan fasa taman, rumah satu atau dua tingkat, keluasan tanah, renovation, pegangan dan persaingan unit sejenis.

Tebrau

Taman Daya · Johor Jaya · Setia Indah

Perhatikan keadaan rumah, jenis lot, saiz tanah, lokasi dalam taman dan kos pembaikan ketika menyusun harga jualan.

Masai dan Pasir Gudang

Taman Rinting · Kota Masai · Scientex

Banding jenis rumah, fasa pembangunan, hak milik, kedudukan pembiayaan dan profil pembeli yang relevan.

Kulai dan Senai

Bandar Putra · Saleng · Indahpura

Semak transaksi setanding, keluasan, umur bangunan, kondisi dan persaingan sebelum menetapkan harga.

Iskandar Puteri

Nusa Sentral · Medini · Nusa Bestari

Bezakan rumah landed, apartment, kondominium dan serviced apartment. Kos penyelenggaraan serta spesifikasi perlu diambil kira.

Faktor di atas bukan harga transaksi yang disahkan. Anggaran khusus memerlukan perbandingan hartanah relevan, rujukan NAPIC/JPPH dan penilaian profesional apabila diperlukan.

09 / SELLER DECISION GUIDE

Patut Jual Sekarang, Turunkan Harga Atau Semak Dahulu?

Pilihan yang sesuai bergantung kepada keadaan rumah, kedudukan kewangan dan matlamat pemilik.

Jual Sekarang

Sesuai dipertimbangkan apabila dokumen bersedia, harga mempunyai asas dan anggaran hasil bersih memenuhi keperluan pemilik.

Semak Nilai Dahulu

Jika harga masih berdasarkan anggaran jiran atau harga iklan portal, bandingkan transaksi sejenis sebelum membuat keputusan.

Baiki Strategi Dahulu

Jika rumah lama di pasaran, periksa harga, pemasaran, kondisi dan maklum balas pembeli sebelum terus menurunkan harga.

Selesaikan Dokumen Dahulu

Jika terdapat masalah pusaka, consent, pemilik bersama, kaveat atau hak milik, dapatkan semakan guaman yang berkaitan.

11 / FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

Soalan Lazim Tentang Panduan Jual Rumah A-Z.

Apakah langkah pertama dalam panduan jual rumah A-Z?

Mulakan dengan menyemak hak milik, baki pinjaman, keadaan rumah, harga pasaran dan objektif jualan. Maklumat ini membantu menentukan strategi sebelum rumah diiklankan.

Bolehkah jual rumah yang masih ada loan?

Secara umum boleh, tertakluk kepada syarat pembiayaan dan transaksi. Jumlah penebusan perlu disahkan dengan bank atau LPPSA. Peguam mengurus proses pelepasan gadaian dan penyelesaian berkaitan.

Berapa lama proses jual rumah di Johor?

Tempoh bergantung kepada jenis hak milik, pinjaman pembeli, penebusan pembiayaan, consent jika berkaitan dan syarat SPA. Tidak ada satu tempoh yang terpakai kepada semua transaksi.

Adakah market value sama dengan bank value?

Tidak semestinya. Market value ialah anggaran nilai pasaran berdasarkan bukti relevan. Bank value berkaitan penilaian yang digunakan institusi pembiayaan. Perbezaan tersebut boleh mempengaruhi jumlah pembiayaan pembeli.

Adakah Adi boleh bantu menjual rumah LPPSA?

Adi boleh membantu semakan awal, strategi pemasaran dan koordinasi transaksi. Jumlah penebusan, dokumen, syarat dan proses pelepasan pembiayaan perlu disahkan dengan LPPSA serta peguam.

Bolehkah menjual rumah pusaka?

Boleh dipertimbangkan apabila kuasa menjual dan status pentadbiran pusaka telah disahkan. Jika urusan pusaka belum selesai, dapatkan semakan daripada peguam atau pihak yang berkuasa.

Perlukah renovate sebelum jual rumah?

Tidak semestinya. Bandingkan kos renovasi, keadaan rumah, profil pembeli dan kemungkinan kesan terhadap harga. Jualan secara as-is mungkin lebih sesuai dalam sesetengah keadaan.

Kenapa pemilik rumah Johor patut pilih Adi?

Adi memberi perhatian kepada harga yang mempunyai asas, kesediaan pembeli, hasil bersih, dokumen dan penyelarasan transaksi. Pendekatan ini membantu pemilik membuat keputusan dengan lebih jelas.

OFFICIAL REFERENCE DESK

Rujukan Rasmi Berkaitan Jual Rumah

Maklumat ini ialah panduan pendidikan setakat November 2026. Syarat, prosedur dan kadar boleh berubah. Semakan khusus perlu dibuat dengan bank, peguam, penilai atau pihak berkuasa berkaitan.

12 / YOUR NEXT MOVE

Rumah Anda Mungkin Bukan Susah Dijual. Mungkin Strateginya Belum Tepat.

Sebelum menurunkan harga, menerima tawaran pembeli atau menanggung kos tambahan, semak dahulu keadaan sebenar rumah anda.

Adi Zaini REN27528 membantu pemilik rumah Johor memahami pilihan berdasarkan harga pasaran, baki pembiayaan, kesediaan dokumen dan risiko transaksi.

Mulakan dengan maklumat rumah. Kemudian tentukan langkah yang munasabah.

WhatsApp Adi — Semak Masalah Rumah Saya →