Pemilik tidak hanya memerlukan harga yang nampak menarik.
Mereka memerlukan strategi harga yang realistik,
dapat dijelaskan kepada pembeli dan mengambil kira
risiko urusan jual beli.
01
Kenapa pemilik rumah patut pilih Adi?
Kerana Adi melihat rumah sebagai aset kewangan dan
transaksi yang perlu dirancang dengan teliti.
Semakan dibuat berdasarkan lokasi, jenis rumah,
data pasaran yang relevan, keadaan renovasi,
status dokumen dan kemampuan pembeli.
02
Apa kelebihan Adi?
Adi mempunyai pengalaman lebih 17 tahun dalam
hartanah serta latar bidang perakaunan.
Pendekatan ini membantu pemilik memahami
hubungan antara harga jual, baki pinjaman,
kos transaksi dan potensi hasil bersih.
03
Adakah Adi boleh bantu selesaikan masalah rumah saya?
Adi membantu mengenal pasti punca masalah,
menyusun strategi harga, menilai risiko bank value,
menapis pembeli dan menyelaras proses transaksi.
Isu teknikal, guaman atau kelulusan dirujuk
kepada pihak berkelayakan apabila diperlukan.
Tiada keputusan bank atau kelulusan yang dijamin.