Setiap kes memerlukan
penyelesaian yang berbeza.
Berikut antara situasi lazim
yang boleh dinilai
sebelum tindakan seterusnya dibuat.
CASE 01 · PRICINGRumah sudah lama diiklankan tetapi tidak terjual.
Pertanyaan tidak konsisten,
viewing sedikit atau pembeli
menawarkan harga terlalu rendah.
Langkah Adi:
Semak semula kedudukan harga,
kondisi rumah, persaingan,
persembahan iklan dan
profil pembeli sasaran.
CASE 02 · LOANPembeli berulang kali gagal pinjaman.
Tempoh jualan terbuang
kerana kelayakan pembeli
tidak disemak secukupnya.
Langkah Adi:
Koordinasi semakan awal
kemampuan, komitmen,
dokumen pendapatan
dan kesediaan deposit.
CASE 03 · REDEMPTIONBaki pinjaman rumah masih tinggi.
Pemilik bimbang hasil jualan
tidak cukup untuk menebus bank
dan membayar kos berkaitan.
Langkah Adi:
Susun anggaran harga,
baki penebusan dan
kedudukan hasil bersih
sebelum menerima tawaran.
CASE 04 · VALUATIONBank value lebih rendah daripada harga dipersetujui.
Pembeli mungkin memerlukan
tunai tambahan kerana
pembiayaan tidak mencapai
jumlah yang dijangkakan.
Langkah Adi:
Semak jurang nilai,
kemampuan tunai pembeli
dan pilihan rundingan
yang masih munasabah.
CASE 05 · INHERITANCERumah pusaka atau pemilik sudah meninggal dunia.
Dokumen waris, pentadbir
atau persetujuan menjual
belum selesai.
Langkah Adi:
Kenal pasti keadaan awal fail
dan selaraskan rujukan
kepada peguam atau
pihak berkuasa berkaitan.
CASE 06 · CONSENTBumi lot atau hak milik mempunyai sekatan.
Jenis pembeli dan
kelulusan tertentu boleh
mempengaruhi transaksi.
Langkah Adi:
Semak syarat hak milik,
kelayakan pembeli dan
laluan dokumen bersama
pihak yang berkenaan.
CASE 07 · TENANCYRumah masih mempunyai penyewa.
Akses viewing, kontrak sewa,
tarikh keluar dan serahan
perlu diselaraskan.
Langkah Adi:
Rancang jadual lawatan
dan semak kedudukan sewaan
serta tanggungjawab pihak terlibat.
CASE 08 · REMOTE OWNERPemilik tinggal di luar Johor atau Singapura.
Viewing, dokumen dan
pemeriksaan akhir sukar
dipantau secara langsung.
Langkah Adi:
Bantu koordinasi setempat,
komunikasi dan perkembangan
proses mengikut keperluan kes.