APA YANG DATA SEBENAR BERITAHUFlat dan rumah landed di Taman Cendana berada dalam pasaran yang berbeza.
Flat kompak biasanya dinilai melalui saiz, tingkat, keadaan, lot, tunggakan, akses tangga dan kos pembaikan. Rumah landed pula memerlukan semakan tanah, frontage, jenis teres, renovasi, bumbung, kedudukan lot dan hakmilik. Menggabungkan dua kategori ini akan menghasilkan rujukan harga yang mengelirukan.
Harga iklan pula menunjukkan hasrat pemilik pada satu masa. Ia belum membuktikan pembeli akan bersetuju, bank akan menyokong jumlah yang sama atau urusan consent boleh bergerak tanpa halangan.
Nilai yang berguna bukan angka paling tinggi. Nilai yang berguna ialah angka yang boleh diterangkan, dipertahankan dan diteruskan menjadi transaksi.
LEMBARAN SEMAKAN AWAL
Cara membaca kedudukan rumah
Flat sekitar 516–517 kaki persegi
Asing ikut tingkat & kondisi
Rumah landed
Asing ikut tanah & jenis lot
Harga iklan
Belum tentu harga transaksi
Nilai pembiayaan
Tentukan tunai pembeli
Hasil bersih pemilik
Tolak baki & kos berkaitan
Semakan yang lebih tepat memerlukan: alamat penuh, jenis rumah, keluasan, foto semasa, SPA atau geran, baki pinjaman dan status penghuni.